16.7.09

Ujian sensori dan kaunter pertanyaan


-Random : imej yang tiada kena mengena dengan penceritaan-



Duduk berseorangan dengan dinding pemisah di kiri dan kanan, meja setinggi paras dagu (bila aku duduk atas kerusi) dan di depan mata terhidang satu dulang berisi 5 cawan plastik kecil warna putih, satu bekas berisi 6 vial kecil berisi kapas-kapas serta dua cawan kertas air masak. Aku ambil pen dan kertas, catat nombor sampel. Kemudian aku mula melakukan ujian sensori.

Pergh! Payah weh ujian tu. Kau tahu rasa tu, manis masam etc, tapi kau macam lupa itu rasa apa. Tapi bahagian ni tak kronik sangat. Part 2; part yang mana kau kene hidu bau dari vials yang berisi kapas2 tu, serious mencabar.

Ada bau durian. yang itu memang aku bau sekali je. terus tutup rapat-rapat penutup vials tu dan letak tepi.
Ada vials yang berisi kapas berbau kueh. Ya, bau kueh. Kau tau kueh bahulu kemboja? ( tak tahu la pulak korang panggil kueh ape) Aku nak je tulis, bau kueh bahulu kemboja yang nenek aku buat. Tapi tak official. Pikir-pikir, oh, tu bau pandan rupenya.
Yang aku pasti, vials kapas berbau vanilla tu, memang aku sedut lama lama bau dia. muahahahhaaa.

Tamat ujian sensori yang mengambil masa tak sampai 15 minit, aku turun ke foyer skul melepak bersama kawan-kawan. Sedang kami duduk borak-borak tentang masa depan, datang satu budak 1st year, tanya macamana nak pergi school management. Hadoi. Satu hal pulak aku nak terangkan jalan. Dua tiga kali jugak aku bagi direction, macam tak paham je budak tu dengan direction yang aku bagi. Naseb la kamu ye.

Tak lama setelah budak yang nak pergi skul management tu pergi, datang dua lagi budak 1st year. Kali ni tanya pasal location bank islam. Ah ah ah.
Aku cakap,
adik pegi naik tangga depan tu, lepastu belok kanan, pegi kat bangunan tinggi tu (Hilton)

Pastu tau ape budak tu cakap?
Haa? yang tu? jauhnya kak bank islam.

dia tunjuk bangunan mana aku pon tak tau. Aihh. Harap harap dia selamat dah keluarkan duit dari ATM bank islam tu.
:|


Aku betul-betul tak reti bagi direction. Jadi, sila tanya aku kalau nak merasa sesat-barat.

15.7.09

Rahsia.

I know I don't know you
But I want you so bad
Everyone has a secret
But can they keep it
Oh no they can't


Saya tahu saya tak kenal kamu
Tapi saya amat amat mahukan kamu
Semua orang ada rahsia
Tapi bolehkah mereka menyimpannya?
Oh, tidak. mereka tidak mampu

13.7.09

Aku sedang sibuk dengan sesuatu

Sekarang aku rasa amat penat.
Ya. penat.

Aku sedang sibuk

Mengira butir bintang diwaktu malam dan menghitung keping daun kering di waktu petang.
Waktu pagi dan tengahari, aku kira helai lalang.

yey. kau mahu join?

5.7.09

Kau?

A wise person says, "Love is for the lucky and the brave"



Maaf, aku bangkang statement itu.

1.7.09

Untuk cik ekin dan rakan2 food tech lain :)

PROJEK TAHUN AKHIR IMA 410 SIDANG 2009/2010

JADUAL AKTIVITI DAN TARIKH-TARIKH PENTING PROJEK TAHUN AKHIR IMA 410

Sem 1 2009/2010

Tarikh Aktiviti
6-10 July 2009 Tajuk dipamerkan
17 July 2009 1. Taklimat perlaksanaan projek

2. Agihan tajuk projek kepada pelajar

3-6 August 2009 Seminar proposal
10 August 2009 Kerja-kerja makmal dibenarkan bermula

Sem 2 2009/2010

Tarikh Aktiviti
11-15 Jan 2010 Taklimat penulisan tesis oleh Timbalan Dekan
19 March 2010 Penyerahan 2 salinan ‘soft cover’
kepada penyelaras projek tahun akhir
29 Mar-3 April 2010 Penyerahan markah bagi tesis oleh semua pemeriksa
kepada penyelaras projek tahun akhir
4-9 April 2010 SEMINAR PROJEK TAHUN AKHIR
12-17 April 2010 Pelajar mengambil kembali tesis daripada
pemeriksa dan membuat pembetulan yang diperlukan
3 May 2010 Tarikh akhir penyerahan 2 naskah tesis ‘hard cover’ dan cd
yang telah dibetulkan dan disahkan oleh Penyelaras,
bersama borang pengesahan penghantaran/penerimaan tesis IMA 410
yang diisikan,
diserahkan kepadaPenyelaras projek tahun akhir
atau
Pejabat Am PPTI oleh pelajar
(Pelajar akan diberi gred “F” jika gagal menyerahkan tesis akhir)

Sumber dari : Notice board dr norziah

I am a skanky skank with a sexy smile who ran shirtless with a homeless guy because I got dared

Selamat hari rabu ye kawan kawan. Hari rabu, seperti yang kita semua makhluk bumi Malaysia maklumi adalah movie day. Ulang suara, movie day. Tapi, aku bukan dapat pegi tengok movie pon. Huah. Minggu depan sahaja lah, kat Penang. Itu pun kalau aku berkemampuan dan berkesempatan FootInMouth
(Aku ni makhluk yang bz oke!! hahaha)

Oh ya. Tajuk entri panjang berjela tu, kau orang jangan tanya aku maksud dia apa. sebab aku malas nak pikir. Huhe. Tu tajuk tu sebenarnya tag dari Asyqeen kawan cik izaty. Budak UPM. Aku penah jumpa sekali je pon, masa pergi UPM ; tedo kat bilik izaty.

[Klik sini TAG ASAL kalau nak tahu macamana jadi tajuk macam tu.]

Hari ini dah rabu. Maka, akan tinggal lagi 3 hari aku akan menetap di rumah. Ahad ni akan pulang ke USM untuk memulakan semester baru, dengan suasana baru. Ya. Baru yang amat, sebabnya semester ini aku ditempatkan di desasiswa AMAN DAMAI.
ohh~ Jarang sangat ke Aman tu, mungkin patut kata tak pernah masuk area situ. Tak familiar lansung. Aduhh~

Dan untuk pulang ke USM, aku haruslah mengemas barang barang untuk dibawa balik. Ni lagi satu masalah. Banyak barang. Sob sob sob. Sape nak tumpangkan saya dengan beg beg saya ni. Huu. Gitar akan tinggal sbb tak cukup tangan nak bawak.
*Jeju, jom ikot aku balik penang jom. kau bawakkan barang2 aku. Muahahahaha*


And for the mean time,(wao, sepiking ) sambil sambil siapkan susun passport photo murid tahun 6 sekolah bapak aku, aku tengok video ni ulang2 kali dan cuba tiru.
Chord F tuu.. Saket jari CryingCrying

video

p/s: tak berjaya pon. muahahahahhahaha. susah weiii :( sangkut2 je bila nk tukar chord. isk~

SickSick

28.6.09

Jangan buat tag kalau kau kalah main game.

Alkisah bermula beberapa hari yang lepas. Kak Farhana dengan penuh kegembiraan dan keterujaan telah memaklumkan kepada saya melalui Yahoo Messenger, bahawa dia menge'TAG' saya. Ohh.....

Berikut adalah tag yang telah diamanahkan. Saya menjawabnya dengan penuh kegilaan akibat tertekan dek ketidak lepasan level dalam permainan World Of Goo. Ishh... Kecewa betul.

*******************


Disclaimer : Untuk soalan 1- 15, saya jawab dalam keadaan overdose minum ubat batuk.

In this tag u have to talk everything about anyone u like:
Saya mahu berbicara tentang separuh diri saya yang belum saya jumpa

1. Apakah hubungan anda dgn dia?
Belahan jiwa

2. 5 impressions terhadap dia?
- memenuhi separuh lagi jiwa saya
- melengkapkan saya
- berbudi kepada saya
- menyelamatkan saya dari bencana
- bersikap yang sepatutnya

3. Perkara yang paling memorable dia pernah lakukan terhadap anda
hahaa. mana boleh jawab ini soklan, belum jumpa orangnya

4. Perkara paling memorable dia katakan kepada awak.
awak tahu tak, saya sayang awak sangat sangat (wakakakkakaa, gile ni)

5. Kalau dia kekasih anda?
ITU PASTILAH. dia kan belahan jiwa saya

6. kalo dia jadi musuh awak?
oh TIDAKK!!! jangan lah saya pernah bermusuh dgn dia:(
Saya tak mahu dan tak mampu untuk itu

7. Kalau dia kekasih awak,awak akan?
Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membahagiakan dia selagi mana saya mampu.

8. kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
*saya masih belum boleh fikirkan sebabnya apa*

9. Overal impression tentang dia?
menenangkan saya. Terbaekk!~

10. The most desirable to do for her/him?
apa saja yang dia mahu selagi mana saya mampu.

11. Apakah awak rasa pandangan org pd awak?
a) Bergantung kepada sudut pandangan orang tersebut. sekiranya dia memandang saya dari atas, maka ia telah menjadi pandangan pelan. Dan sekiranya dipandang dari paksi-x atau y, maka ia adalah pandangan dari paksi-paksi tersebut.
b) Pandanglah dengan mata hati. peace no war.

12. Apakah sebenarnya perangai anda?
wallahua'lam. saya tak pasti tentang itu. ada sesiapa mahu jawabkan? sila tinggalkan jawapan anda dibawah.

13. Perangai anda yang anda benci
Saya sangat malas. Saya juga bencikan diri saya yang tidak sopan ini.
muahahahhaa. *Opps! Tergelak besar pulak*

14. Orang yang anda ingin bersama
orang yang boleh teman saya semasa sy susah atau senang, suka atau sedih, org yg boleh bagi kasih sayang pd sy dan jugak org yang boleh beriringan dgn sy ke syurga nanti
(ambil jawapan kak farhana. thanx kak da susunkan ayat :)) )

15. katakan sesuatu utk org2 yang anda suka
sAYA SUKA KAT awak. Awak nak tak suka kat saya??
(Berani la sangat nak cakap)

16. tag 4 org
-Adli Baharudin
-Juliana Hamdan
-Izaty Farehah
-Ashraf Latif


17. no 2 ada hubungan dgn siapa?
dia ada hubungan dengan alam sekitar. Peramal cuaca.

18. no 3 lelaki atau perempuan?
Perempuan.

19. no 1 single kah?
Ya. Nak masuk line sila pegi isi borang temuduga ye.

20. no 4 belajar ape?
Belajar menjadi pakcik sedara yang baik.
 
Header Image from Bangbouh @ Flickr